Posted by: asasinema | September 1, 2008

PERJALANAN SULUK ADILUHUNG PAGOH


POSTER by you.

Salam

Wayang Pentas 2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN telah melabuhkan buat sementara kelirnya bagi membolehkan ruang waktu diuruskan bagi sebuah perjalanan sambungan menuju ke adiluhung PAGOH, di mana maqamnya Prabu Sultan Alauddin Ria’yat Shah.

Sultan Alauddin yang praktikal. Pragmatik, Warak.

Sebagai prakarsa dalam mengadiluhung perjalanan ke PAGOH itu pihak Akademi Sinema Amatur Malaysia (ASASINEMA) adalah dengan ini memaklumkan bahawa semua naskah berita, ulasan, komen-komentar, dan jurnal berkaitan dengan wayang pentas 2 JAM SEBELUM SULTAN ALAUDDIN SYAHID DIRACUN adalah beroperasi di kotasuluk nan baru:

http://pagoh.wordpress.com

Maka dengan ini juga pihak ASASINEMA;
merakamkan jutaan terima kasih buat semua para penyokong, pendokong, dan rakan-rakan yang memberi semangat dengan menghadirkan diri sebagai penonton, dengan berbeli tiket dan segala bentuk sokongan yang lain di mana telah tumbuhnya kekuatan dan keperkasaan amat luar biasa buat ASASINEMA untuk terus menjadi zentrum pemajuan seni bangsa.

TERIMA KASIH YANG PALING.

Buat para pembenci, juga dirakamkan ucapan terima kasih atas kebencian dalam apa sahaja bentuk dan aksional di sepanjang pementasan ini kerana dengan kebencian itulah wayang pentas ini bertambah kuat dan semakin berani untuk menempatkan diri sebagai naskah abadi.

AKADEMI SINEMA AMATUR MALAYSIA turut memaklumkan bahawa prakarsa wayang pentas lengkap versi PAGOH akan bermula tidak lama lagi.

Sila senantiasa merujuk di laman PAGOH bagi mendapatkan maklumat seterusnya.

Salam kasih dan salam cinta abadi dari kami semua buat kalian yang berbaik hati.

Tags:


Leave a response

Your response:

Categories